Kajian ini bertujuan untuk meninjau keperluan pelaksanaan aktiviti kerohanian dalam kalangan guru pelatih muslimah di IPG Kampus Batu Lintang. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti aktiviti kerohanian yang diperlukan serta memperoleh cadangan guru pelatih terhadap pelaksanaan aktiviti kerohanian di IPG Kampus Batu Lintang. Responden kajian terdiri daripada 88 orang guru pelatih muslimah Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Bachelor of Education (TESL-Otago), Kursus Diploma Perguruan Malaysia KEMAS (Pra Sekolah) dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) yang sedang menuntut di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik dan pemerhatian. Data kajian dianalisis menggunakan SPSS Versi 13.0. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa guru pelatih sangat memerlukan aktiviti-aktiviti kerohanian seperti bacaan Yasin terutamanya dalam mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Majalah-majalah keagamaan yang terdapat di perpustakaan turut menyumbang kepada pembentukan kerohanian dalam diri guru pelatih.
Sharifah Nooraida Binti Wan Hasan
Jurnal Penyelidikan IPG Kampus Batu Lintang, Jilid 10, 2011
No comments:
Post a Comment