Tuesday, July 31, 2012

Malaysia duduki salah satu kerusi anggotai IPHRC


01/07/2011 1:05pm

KUALA LUMPUR - 1Julai - Malaysia dipilih untuk mengisi satu daripada enam kerusi yang dipertandingkan bagi Suruhanjaya Tetap dan Bebas Hak Asasi Manusia (IPHRC) Rantau Asia pada Sesi ke-38 Mesyuarat Majlis Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) di Kazakhstan.

Kenyataan Kementerian Luar hari ini menyebut bahawa Indonesia, Pakistan, Turki, Iran dan Afghanistan adalah anggota lain IPHRC bagi rantau ini.

Malaysia mencalonkan Prof. Madya Dr. Raihanah Abdullah dari Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya untuk berada dalam kumpulan pakar IPHRC.

Kementerian itu berkata, pemilihan Dr. Raihanah berikutan pengalaman dan kepakaran meluas beliau dalam mengendalikan isu berkaitan undang-undang Islam dan kesaksamaan gender.

Pemilihan beliau juga sejajar dengan cadangan OIC untuk menggalakkan penyertaan wanita dalam badan berkenaan, menurut itu.

Mesyuarat itu berlangsung di Astana dari 28-30 Jun. — Bernama

Sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0701&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_04.htm

(Tahniah prof atas kejayaan yang membanggakan dan semoga terus berjaya)
Y.Bhgia prof adalah penyelia tesis saya di peringkat master yang lepas : Hak-hak wanita mualaf dalam penjagaan anak (hadanah) menurut Ordinan Undang-undang Keluarga Islam Sarawak 2001
dan juga sekarang di peringkat kedoktoran di Jabatan Syariah Dan Undang-Undang Universiti Malaya.

Kejayaan lahir Dari hati nurani yang ikhlas Dan suci. Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment