Tuesday, July 31, 2012

HAK-HAK WANITA MUALAF DALAM PENJAGAAN ANAK (HADANAH) MENURUT ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (SARAWAK) 2001

Hadānah atau penjagaan anak adalah hak yang perlu dituntut oleh wanita selepas atau sebelum perceraian berlaku. Hak Wanita Islam dalam hadānah sewajarnya diketahui oleh kaum wanita. Golongan minoriti iaitu golongan wanita mualaf wajar diberi perhatian dalam menuntut hak-hak hadānah walaupun sebelum ini mempunyai latar belakang agama yang berbeza. Kajian ini membicarakan secara khusus peruntukanhadānah bagi wanita mualaf menurut Ordinan Undang-undang Keluarga Islam (Sarawak) 2001. Di samping itu, kajian ini juga turut memberi penekanan terhadap implementasi Ordinan Undang-undang Keluarga Islam (Sarawak) 2001 ke atas kes-kes hadānah yang melibatkan wanita mualaf dan sejauh mana golongan ini mendapat hak-hak penjagaan yang sepatutnya menurut kajian kes di Mahkamah-mahkamah Syariah Negeri Sarawak bagi tahun 2003-2007. Perbahasan berkisar tentang wanita mualaf kerana golongan ini seringkali takut untuk mendapatkan hak penjagaan ke atas anak-anak mereka apabila beranggapan bahawa hak penjagaan akan jatuh ke tangan bekas suami kerana pengetahuan mereka terhadap Islam dianggap agak cetek.

Sh.Nooraida
(Konferensi Antarabangsa Islam Borneo ke-V, Brunei Darussalam, 26-27 Jun 2012)

Malaysia duduki salah satu kerusi anggotai IPHRC


01/07/2011 1:05pm

KUALA LUMPUR - 1Julai - Malaysia dipilih untuk mengisi satu daripada enam kerusi yang dipertandingkan bagi Suruhanjaya Tetap dan Bebas Hak Asasi Manusia (IPHRC) Rantau Asia pada Sesi ke-38 Mesyuarat Majlis Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) di Kazakhstan.

Kenyataan Kementerian Luar hari ini menyebut bahawa Indonesia, Pakistan, Turki, Iran dan Afghanistan adalah anggota lain IPHRC bagi rantau ini.

Malaysia mencalonkan Prof. Madya Dr. Raihanah Abdullah dari Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya untuk berada dalam kumpulan pakar IPHRC.

Kementerian itu berkata, pemilihan Dr. Raihanah berikutan pengalaman dan kepakaran meluas beliau dalam mengendalikan isu berkaitan undang-undang Islam dan kesaksamaan gender.

Pemilihan beliau juga sejajar dengan cadangan OIC untuk menggalakkan penyertaan wanita dalam badan berkenaan, menurut itu.

Mesyuarat itu berlangsung di Astana dari 28-30 Jun. — Bernama

Sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0701&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_04.htm

(Tahniah prof atas kejayaan yang membanggakan dan semoga terus berjaya)
Y.Bhgia prof adalah penyelia tesis saya di peringkat master yang lepas : Hak-hak wanita mualaf dalam penjagaan anak (hadanah) menurut Ordinan Undang-undang Keluarga Islam Sarawak 2001
dan juga sekarang di peringkat kedoktoran di Jabatan Syariah Dan Undang-Undang Universiti Malaya.

Kejayaan lahir Dari hati nurani yang ikhlas Dan suci. Wallahua'lam

TINJAUAN KEPERLUAN AKTIVITI KEROHANIAN DALAM KALANGAN GURU PELATIH MUSLIMAH DI IPG KAMPUS BATU LINTANG

Kajian ini bertujuan untuk meninjau keperluan pelaksanaan aktiviti kerohanian dalam kalangan guru pelatih muslimah di IPG Kampus Batu Lintang. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti aktiviti kerohanian yang diperlukan serta memperoleh cadangan guru pelatih terhadap pelaksanaan aktiviti kerohanian di IPG Kampus Batu Lintang. Responden kajian terdiri daripada 88 orang guru pelatih muslimah Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Bachelor of Education (TESL-Otago), Kursus Diploma Perguruan Malaysia KEMAS (Pra Sekolah) dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) yang sedang menuntut di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik dan pemerhatian. Data kajian dianalisis menggunakan SPSS Versi 13.0. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa guru pelatih sangat memerlukan aktiviti-aktiviti kerohanian seperti bacaan Yasin terutamanya dalam mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Majalah-majalah keagamaan yang terdapat di perpustakaan turut menyumbang kepada pembentukan kerohanian dalam diri guru pelatih.

Sharifah Nooraida Binti Wan Hasan
Jurnal Penyelidikan IPG Kampus Batu Lintang, Jilid 10, 2011