Tuesday, July 31, 2012

HAK-HAK WANITA MUALAF DALAM PENJAGAAN ANAK (HADANAH) MENURUT ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (SARAWAK) 2001

Hadānah atau penjagaan anak adalah hak yang perlu dituntut oleh wanita selepas atau sebelum perceraian berlaku. Hak Wanita Islam dalam hadānah sewajarnya diketahui oleh kaum wanita. Golongan minoriti iaitu golongan wanita mualaf wajar diberi perhatian dalam menuntut hak-hak hadānah walaupun sebelum ini mempunyai latar belakang agama yang berbeza. Kajian ini membicarakan secara khusus peruntukanhadānah bagi wanita mualaf menurut Ordinan Undang-undang Keluarga Islam (Sarawak) 2001. Di samping itu, kajian ini juga turut memberi penekanan terhadap implementasi Ordinan Undang-undang Keluarga Islam (Sarawak) 2001 ke atas kes-kes hadānah yang melibatkan wanita mualaf dan sejauh mana golongan ini mendapat hak-hak penjagaan yang sepatutnya menurut kajian kes di Mahkamah-mahkamah Syariah Negeri Sarawak bagi tahun 2003-2007. Perbahasan berkisar tentang wanita mualaf kerana golongan ini seringkali takut untuk mendapatkan hak penjagaan ke atas anak-anak mereka apabila beranggapan bahawa hak penjagaan akan jatuh ke tangan bekas suami kerana pengetahuan mereka terhadap Islam dianggap agak cetek.

Sh.Nooraida
(Konferensi Antarabangsa Islam Borneo ke-V, Brunei Darussalam, 26-27 Jun 2012)

Malaysia duduki salah satu kerusi anggotai IPHRC


01/07/2011 1:05pm

KUALA LUMPUR - 1Julai - Malaysia dipilih untuk mengisi satu daripada enam kerusi yang dipertandingkan bagi Suruhanjaya Tetap dan Bebas Hak Asasi Manusia (IPHRC) Rantau Asia pada Sesi ke-38 Mesyuarat Majlis Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) di Kazakhstan.

Kenyataan Kementerian Luar hari ini menyebut bahawa Indonesia, Pakistan, Turki, Iran dan Afghanistan adalah anggota lain IPHRC bagi rantau ini.

Malaysia mencalonkan Prof. Madya Dr. Raihanah Abdullah dari Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya untuk berada dalam kumpulan pakar IPHRC.

Kementerian itu berkata, pemilihan Dr. Raihanah berikutan pengalaman dan kepakaran meluas beliau dalam mengendalikan isu berkaitan undang-undang Islam dan kesaksamaan gender.

Pemilihan beliau juga sejajar dengan cadangan OIC untuk menggalakkan penyertaan wanita dalam badan berkenaan, menurut itu.

Mesyuarat itu berlangsung di Astana dari 28-30 Jun. — Bernama

Sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0701&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_04.htm

(Tahniah prof atas kejayaan yang membanggakan dan semoga terus berjaya)
Y.Bhgia prof adalah penyelia tesis saya di peringkat master yang lepas : Hak-hak wanita mualaf dalam penjagaan anak (hadanah) menurut Ordinan Undang-undang Keluarga Islam Sarawak 2001
dan juga sekarang di peringkat kedoktoran di Jabatan Syariah Dan Undang-Undang Universiti Malaya.

Kejayaan lahir Dari hati nurani yang ikhlas Dan suci. Wallahua'lam

TINJAUAN KEPERLUAN AKTIVITI KEROHANIAN DALAM KALANGAN GURU PELATIH MUSLIMAH DI IPG KAMPUS BATU LINTANG

Kajian ini bertujuan untuk meninjau keperluan pelaksanaan aktiviti kerohanian dalam kalangan guru pelatih muslimah di IPG Kampus Batu Lintang. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti aktiviti kerohanian yang diperlukan serta memperoleh cadangan guru pelatih terhadap pelaksanaan aktiviti kerohanian di IPG Kampus Batu Lintang. Responden kajian terdiri daripada 88 orang guru pelatih muslimah Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Bachelor of Education (TESL-Otago), Kursus Diploma Perguruan Malaysia KEMAS (Pra Sekolah) dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) yang sedang menuntut di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik dan pemerhatian. Data kajian dianalisis menggunakan SPSS Versi 13.0. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa guru pelatih sangat memerlukan aktiviti-aktiviti kerohanian seperti bacaan Yasin terutamanya dalam mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Majalah-majalah keagamaan yang terdapat di perpustakaan turut menyumbang kepada pembentukan kerohanian dalam diri guru pelatih.

Sharifah Nooraida Binti Wan Hasan
Jurnal Penyelidikan IPG Kampus Batu Lintang, Jilid 10, 2011
         

Saturday, June 30, 2012

KAMUS RAFIQI SUDAH DI PASARAN


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH..........

ADIK-ADIK......KAMUS RAFIQI SUDAH TERBIT DAN BOLEH DITEMPAH MULAI SEKARANG.

Keistimewaan Rafiqi... (Kamus Tiga Bahasa: BA-BM-BI -Jawi)
  • sesuai untuk guru, ibu bapa dan pelajar sekolah rendah
  • sesuai untuk sesiapa sahaja yang mencintai Bahasa Arab
  • mengikut sukatan KSSR dan KBSR terkini (2012)
  • 6 jilid (Tahun 1- 6)
  • tajuk dalam kamus mengikut tajuk pembelajaran dalam buku teks sekolah rendah
  • mengandungi perkataan-perkataan penting dalam setiap tajuk
  • mesra pengguna dan teman setia kepada pelajar
  • Email : kamusrofiqi@gmail.com
                             


STOK TERHAD .........SELAMAT MENCUBA......

Friday, March 30, 2012

KAMUS RAFIQI (Arab-Melayu-Inggeris-Jawi)


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana dengan izin dan inayah-Nya KAMUS RAFIQI dapat dihasilkan dan akan diterbitkan tidak lama lagi. Insya-Allah, apa yang kami sebagai pihak penerbit harapkan agar kamus ini akan menjadi satu rujukan penting bagi pencinta-pencinta Bahasa Al-Quran daripada semua peringkat umur. Semoga Allah menjaga niat dan usaha kita dalam perjuangan untuk mencintai dan mempelajari Bahasa Arab. Amiin.

Ciri-ciri istimewa KAMUS RAFIQI:

Sesuai untuk guru & murid-murid sekolah rendah.
Sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin belajar Bahasa Arab tanpa mengira peringkat umur.
Perkataan-perkataan 100% diambil daripada buku teks Bahasa Arab Sekolah Rendah.
Kurikulum terkini (KSSR dan KBSR).
Tiga bahasa (BA-BM-BI) dan ejaan jawi.
Ilustrasi menarik, kemas dan warna-warni.

Sebuah nukilan:

Ustazah Sharifah Nooraida Binti Wan Hasan
(Pensyarah BA Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang,
Kuching, Sarawak)

dengan kerjasama
Guru-guru pelatih Pengajian Agama IPG Kampus Batu Lintang.



Terbitan:
One Touch Creative Sdn.Bhd.



Anda berminat? Jadi, nantikan terbitannya tidak lama lagi.
Sekian. Jazakumullahu khairan kathira.

Friday, February 17, 2012

TUTORIAL MENGGUNAKAN QURAN IN WORD

Langkah 1

Buka program Microsoft Word anda. Kemudian, klik 'Add-Ins', pilih Al-Quran.

*Sila klik imej untuk besarkan.

Langkah 2


Selepas klik Al-Quran, pilih sama ada anda mahukan 'Get Arabic+Translation', 'Get Arabic' sahaja atau 'Get Translation' sahaja.

*Sila klik imej untuk besarkan.

Langkah 3


Pilih surah atau ayat-ayat suci.
*Sila klik imej untuk besarkan.

Langkah 4


Alhamdulillah. anda akan mendapat hasil seperti ini.

*Sila klik imej untuk dibesarkan.

Selamat mencuba. Man Jadda Wa Jada.

PERHATIAN: Quran in Word ini hanya boleh digunakan selepas di 'install'. Jika tiada software ini, sila muatturun DI SINI.


MODUL PIM3103 PPG

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

MAKLUMAN KEPADA SEMUA PELAJAR PPG PIM3 IPG KAMPUS BATU LINTANG, MODUL PIM3103 SUDAH BOLEH DIDOWNLOAD DARI BLOG INI.

SILA DOWNLOAD DI SINI

WASSALAM.

USTH SHARIFAH NOORAIDA WAN HASAN

*nota: jika Microsoft Word anda tidak dapat membaca ayat-ayat al-Quran yang terdapat dalam dokumen ini, sila download software Quran in Word di sini.

Saturday, January 7, 2012

Salam Ukhuwwah 2012

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Salam ukhuwwah 2012. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.
Selawat dan salam buat khatimun nabiyyin..Muhammad S.A.W serta keluarga baginda..

Selamat memulakan serta meneruskan sesi pengajian dan perjuangan yang seterusnya. Moga kecekalan hati serta ruh para Rasulullah, sahabat dan tabi'in sentiasa mengiringi kehidupan kita. Insyaallah. Jadikan langkah permulaan dalam tahun ini
sebagai langkah yang sentiasa menjadi sirah Rasulullah sebagai tauladan dan pedoman. Alangkah beruntungnya kita apabila tergolong dalam golongan hamba yang sentiasa patuh pada perintah Allah Maha Pencipta. Beramal kebajikan berlandaskan sunnah junjungan Muhammad Rasul tercinta.

Segalanya..tepuk dada tanya selera..Rancang, laksana serta mantapkan perjuangan pada 1433/2012 ini dengan penuh keazaman dan cita-cita untuk lebih berjaya, cemerlang, gemilang dan terbilang...
Wassalam.

Bittawfik wan najah.
Ustazah Sharifah Nooraida Wan Hasan