Assalamualaikum sahabat-sahabat semua..
Untuk makluman anda semua, slot motivasi Santapan Rohani kembali lagi mengisi masa lapang hari Jumaat anda dengan pelbagai pengisian yang lebih menarik berbanding pengisian yang telah diberikan pada slot-slot yang lalu..
Pada kali ini slot ini akan dikendalikan oleh Ustazah Sharifah Nooraida dan Ustazah Sharifah Fatimah dari Jabatan Pengajian Islam & Moral (JAPIM) secara bergilir-gilir. Kami akan cuba untuk memberikan yang terbaik untuk anda dan kami akan memastikan anda tidak berasa bosan semasa mengikuti slot ini kerana kami akan sentiasa melakukan pembaharuan.
Perjumpaan pertama slot motivasi ini akan bermula pada minggu ini iaitu pada hari JUMAAT, 15 JANUARI 2010 bertempat di DEWAN KULIAH A, IPG KAMPUS BATU LINTANG bermula pada jam 12.00 HINGGA 1.00 tengahari..
Semoga dengan komitmen yang anda berikan akan memberi peluang kepada kami untuk sentiasa memberikan yang terbaik untuk anda.
Nantikan ulasan beserta gambar slot pertama ini di blog ini..
Sekian, Wassalam..
-Admin-
No comments:
Post a Comment