Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Buat rakan-rakan muslimah IPG Kampus Batu Lintang, anda boleh bertanyakan soalan dengan meninggalkan komen pada ruang yang telah disediakan (ruang guestbooker). Soalan-soalan yang diajukan akan dijawab oleh ustazah-ustazah dari JAPIM. Anda hanya perlu menaipkan soalan yang ingin anda ajukan dan jangan lupa untuk meletakkan nama anda. Anda juga dibenarkan untuk menggunakan nama samaran sekiranya anda tidak mahu identiti anda diketahui kerana soalan dan jawapan bagi soalan anda akan dipaparkan di blog ini untuk dikongsikan bersama rakan-rakan lain.
Semoga dengan adanya peluang ini kita akan sama-sama dapat menjana ilmu pengetahuan dan meningkatkan kefahaman kita berkaitan perkara-perkara yang kita ragui..
Sekian, salam ukhuwwah..
-Admin-
No comments:
Post a Comment