Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Terima kasih kepada adik yang bertanya. Cara perlaksanaan mandi wajib dan mandi junub adalah sama. Rukun kedua-dua mandi tersebut adalah:
1)Niat
2)Meratakan air ke seluruh badan
Perkara yang perlu dijaga semasa mandi wajib ialah:
1)Menghilangkan kesan darah haid dan nifas dengan menggunakan secebis tisu
2)Sunat meleraikan rambut yang panjang
3)Sunat mengikuti cara rasulullah mandi wajib iaitu memulakan dengan membasuh kedua tangan, mencurahkan air dengan tangan kanannya ke tangan kiri lalu membasuh kemaluan sambil berwuduk, seterusnya mengambil air lalu mencucuri pangkal rambut dengan jari. Apabila dirasakan air telah rata sepenuhnya, maka siramilah kepala tiga kali dan meratakan air ke seluruh badan.
Rujukan: DARAH WANITA, PROF MADYA DR.ANISAH GHANI.......
Wassalam..
Ustazah Sharifah Nooraida
29 Januari 2010
Thursday, January 28, 2010
Saturday, January 23, 2010
Syukran...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada muslimat yang telah menghantar komen di blog ini. Segala pertanyaan akan dijawab oleh ustazah dalam masa yang terdekat. InsyaAllah, blog ini akan dilancarkan oleh Pengarah kita, pada sambutan Maulidur Rasul yang akan tiba tidak lama lagi.
Sekiranya soalan yang anda ajukan belum terjawab dalam masa terdekat, kami memohon maaf atas kelewatan yang berlaku. InsyaAllah, kami akan mencari ruang waktu untuk sentiasa menjenguk blog ini dan membalas segala respon yang anda berikan.
Bagi mereka yang telah menghantar komen disini, kami mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi dan teruskan menghantar komen mahupun soalan agar kami sentiasa bersemangat untuk menghidupkan blog ini sebagai medan penyampaian ilmu kepada anda.
Syukran...
-Admin-

Monday, January 18, 2010
TIPS MENCARI KEBAHAGIAAN
10 TIPS MENCARI KEBAHAGIAAN INSAN
Menurut Syeikh Muhammad Al-Ghazali(Tokoh Pemikir Islam)
1) Mari Melangkah ke Dunia Baru
2) Jadilah seorang yang hidup untuk hari ini
3) Jangan racuni hidup dengan kecemasan dan kegelisahan
4) Jangan dikalahkan oleh perkara yang remeh temeh
5) Percaya kepada ketentuan Allah
6) Penuhi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah
7) Jangan tangisi sesuatu yang telah berlaku
8) Bagaimana anda berfikir begitulah anda hidup
9) Memberi tetapi jangan mengharapkan balasan
10) Menghitung anugerah yang telah Allah kurniakan kepada anda
Semoga ianya dapat dijadikan panduan dalam menelusuri kehidupan sebagai mukminah solehah IPG KBL....Amin..
Usth Sharifah Nooraida
JAPIM IPG KBL

Wednesday, January 13, 2010
SLOT MOTIVASI SANTAPAN ROHANI KEMBALI LAGI..!!!
Assalamualaikum sahabat-sahabat semua..
Untuk makluman anda semua, slot motivasi Santapan Rohani kembali lagi mengisi masa lapang hari Jumaat anda dengan pelbagai pengisian yang lebih menarik berbanding pengisian yang telah diberikan pada slot-slot yang lalu..
Pada kali ini slot ini akan dikendalikan oleh Ustazah Sharifah Nooraida dan Ustazah Sharifah Fatimah dari Jabatan Pengajian Islam & Moral (JAPIM) secara bergilir-gilir. Kami akan cuba untuk memberikan yang terbaik untuk anda dan kami akan memastikan anda tidak berasa bosan semasa mengikuti slot ini kerana kami akan sentiasa melakukan pembaharuan.
Perjumpaan pertama slot motivasi ini akan bermula pada minggu ini iaitu pada hari JUMAAT, 15 JANUARI 2010 bertempat di DEWAN KULIAH A, IPG KAMPUS BATU LINTANG bermula pada jam 12.00 HINGGA 1.00 tengahari..
Semoga dengan komitmen yang anda berikan akan memberi peluang kepada kami untuk sentiasa memberikan yang terbaik untuk anda.
Nantikan ulasan beserta gambar slot pertama ini di blog ini..
Sekian, Wassalam..

Tuesday, January 12, 2010
Ruang & Peluang Untuk bertanyakan soalan, kekeliruan, masalah dan sebagainya.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Buat rakan-rakan muslimah IPG Kampus Batu Lintang, anda boleh bertanyakan soalan dengan meninggalkan komen pada ruang yang telah disediakan (ruang guestbooker). Soalan-soalan yang diajukan akan dijawab oleh ustazah-ustazah dari JAPIM. Anda hanya perlu menaipkan soalan yang ingin anda ajukan dan jangan lupa untuk meletakkan nama anda. Anda juga dibenarkan untuk menggunakan nama samaran sekiranya anda tidak mahu identiti anda diketahui kerana soalan dan jawapan bagi soalan anda akan dipaparkan di blog ini untuk dikongsikan bersama rakan-rakan lain.
Semoga dengan adanya peluang ini kita akan sama-sama dapat menjana ilmu pengetahuan dan meningkatkan kefahaman kita berkaitan perkara-perkara yang kita ragui..
Sekian, salam ukhuwwah..

Tuesday, January 5, 2010
Salam Maalhijrah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Muslimah IPG Kampus Batu Lintang. Salam Maalhijrah 1431H. Semoga adik-adik muslimah lebih segar dengan berbekalkan semangat baru dalam mengharungi kehidupan sebagai pelajar di IPG ini. Moga tahun ini akan menjadikan kita muslimah yang cemerlang di sisi Allah dan masyarakat. Insyaallah. AMIN.
SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH....
Sekian, Salam ukhuwwah...
Ustazah Sharifah Nooraida Wan Hasan
JAPIM IPGKBL

Subscribe to:
Comments (Atom)