Friday, March 30, 2012

KAMUS RAFIQI (Arab-Melayu-Inggeris-Jawi)


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana dengan izin dan inayah-Nya KAMUS RAFIQI dapat dihasilkan dan akan diterbitkan tidak lama lagi. Insya-Allah, apa yang kami sebagai pihak penerbit harapkan agar kamus ini akan menjadi satu rujukan penting bagi pencinta-pencinta Bahasa Al-Quran daripada semua peringkat umur. Semoga Allah menjaga niat dan usaha kita dalam perjuangan untuk mencintai dan mempelajari Bahasa Arab. Amiin.

Ciri-ciri istimewa KAMUS RAFIQI:

Sesuai untuk guru & murid-murid sekolah rendah.
Sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin belajar Bahasa Arab tanpa mengira peringkat umur.
Perkataan-perkataan 100% diambil daripada buku teks Bahasa Arab Sekolah Rendah.
Kurikulum terkini (KSSR dan KBSR).
Tiga bahasa (BA-BM-BI) dan ejaan jawi.
Ilustrasi menarik, kemas dan warna-warni.

Sebuah nukilan:

Ustazah Sharifah Nooraida Binti Wan Hasan
(Pensyarah BA Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang,
Kuching, Sarawak)

dengan kerjasama
Guru-guru pelatih Pengajian Agama IPG Kampus Batu Lintang.



Terbitan:
One Touch Creative Sdn.Bhd.



Anda berminat? Jadi, nantikan terbitannya tidak lama lagi.
Sekian. Jazakumullahu khairan kathira.

1 comment:

  1. sekalung penghargaan untuk Ustazah Sharifah Nooraida di atas galakan dan dorongan beliau. Terima kasih Ustazah. Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan Ustazah.

    ReplyDelete